
Blog ini ditubuhkan kerana dari apa yang saya lihat, saya rasa kurang (atau tidak ada langsung) artikle catur dalam Bahasa Melayu. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kaum Melayu yang suka tulis tentang catur di Malaysia. Jika ada pembaca yang mengetahui tentang laman web, blog atau forum yang berkaitan dengan catur di dalam Bahasa Melayu, sila maklumkan di ruangan komen.
Tidak boleh dinafikan bahawa www.Stonemaster.biz adalah bertemakan laman web dalam bahasa Melayu. Harap laman web ini boleh dijadikan website kedua besar dalam bahasa Melayu selepas Stonemaster.biz. Satu lagi ciri yang akan jadikan web ini berbeza dari Stonemaster.biz dan GilaChess.com ialah ia tidak akan bertemakan individu. Contohnya, Stonemaster.biz bertemakan Encik Fadli Zakaria dan GilaChess.com terlalu dikaitkan dengan webmasternya, Encik Andrew Ooi. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan laman web Stonemaster.biz atau GilaChess.com, malah, saya suka baca kedua-dua laman web itu. Laman ini diharapkan boleh mencapai sedikit sebanyak kejayaan Stonemaster dan GilaChess iaitu bantu mempromosikan Catur di Malaysia. Perisian web ini 100% fokus kepada berita catur di Malaysia serta apa-apa cerita yang berkaitan pemain catur Malaysia.
3 Comments, Comment or Ping
hairulov
Hi
Ini http://maincatur.blogspot.com/ blog catur saya dalam bahasa melayu…tapi jarang update
hairulov
Feb 17th, 2008
www.stonemaster.biz
website berkaitan catur berbahaa melayu juga…www.stonemaster.biz
Feb 25th, 2008
mkeon
tahniah!
satu usaha yang bagus untuk memartabatkan bahasa bangsa. moga usaha ini terus diperkembangkan dan akan banyak pula buku2 terbitan atau terjemahan berkaitan dgn catur.
walaupun begitu, saya kesal & malu dengan sikap sesetengah org kita yang tidak mahu berusaha tingkatkan kemahiran diri dengan bahasa inggeris demi memajukan diri dan bangsa.
Jul 6th, 2008
Reply to “Matlamat Blog Ini”