
Tahun 2008 boleh dikatakan tahun yang amat aktif dengan aktiviti catur di seluruh negara. Terdapat kekurangan dari segi laman web catur dalam Bahasa Melayu. Jadi, laman web ini bertujuan untuk memenuhi ruang kosong untuk permainan catur di Malaysia. GilaChess.com adalah bagus tetapi ia 100% dalam Bahasa Inggeris. Stonemaster.biz adalah dalam bahasa Melayu tetapi objektif utamanya ialah promosikan syarikat Stonemaster. Harap laman akan menjadi laman web catur ketiga besar di Malaysia.